Tuesday, April 14, 2009

Aku & Mami

Hishh... terbantut sekejab blog aku ni.

dari kecik, aku amat rapat dan manja dengan mami aku. biasalah, papa aku boleh tahan garangnya. silap sikit padahlah kami. pun begitu, aku faham itulah cara papa aku mendidik anak. dan aku berterima kasih pada mereka kerana dengan didikan itulah barangkali kami adik beradik sangat rapat dan kami masih boleh hidup dengan agak baik.

sebagai seorang budak kampung, hari2 aku memang terisi dengan begitu baik. apatah lagi kami tinggal di deretan rumah kedai. kedai papa aku ditingkat bawah, manakala rumah ditingkat atas.

aku masih ingat, ketika masuk sekolah rendah, aku menjadi sangat nakal. biasalah kawan ramai dan aku sesuka hati boleh membawa pelbagai jajan jualan kedai runcit papaku ke sekolah dan berjumpa kawan2. papa aku tak berapa berkenan dengan sikap aku, tapi mami akulah yg selalu menjadi galang gantinya, dan selalu menyebelahi aku. kalau aku dipukul papa aku, mami lah yg akan memujuk aku dan memberikan jajan dan duit supaya aku diam. kalau aku merajuk dengan papa aku, aku akan lari ke rumah nenek atau makcik aku yg tidak jauh dari rumah kami. selalunya mami juga akan datang menjemput aku pulang.

pernah suatu hari, aku yg keseronokan mandi sungai damak (yg sekarang dah terlalu kotor) balik dengan mata yang merah. biasalah kalau mandi sungai lama2. mami aku segera menyuruh aku segera mandi dan tidur untuk mengelakkan papa aku tau. tapi naluri papa aku juga kuat, dia tau apa yg ditegahnya itu yg aku akan buat. aku dirotan cukup2. pap! tali pinggang mengenai bontot munggil aku. sakitnya memang bukan kepalang. aku meraung kesakitan. dan aku lari ke rumah makcik aku. sebelah petangnya, bila aku tidak pulang, mami aku mencari aku dan memujukku pulang. begitulah kasihnya mami pada aku.

jika ada pekan sehari pada setiap hari jumaat, mami tidak akan lupa memberi duit untuk aku berbelanja. biasalah, aku akan membawa aku aku bersama dan kadang-kala aku akan terlebih menggunakan duit untuk adik aku sehingga adik aku mengadu. teruk betul adik aku, sikit2 nak mengadu pada papa aku. kalau mengadu, biasalah aku kena hukumlah.

tiada hari yg aku lalui tanpa perlindungan dan kasih sayang mami. aku dan mami sangat rapat dan aku selalu dilayan bagai menatang minyak yg penuh. pelbagai koleksi gambar dari aku kecil bersama mami berbanding adik beradik lain seringkali membuat air mata aku berjuraian. sehinggakan pernah makcik2 aku menceritakan bahawa mami aku akan ikut menangis jika aku dipukul oleh papa aku. malah dia tak akan makan selagi aku tidak makan. jadi, apa lagi yg aku perlukan didunia ini kerana aku sudah ada seseorang yg sangat menyayangi aku.

Thursday, March 26, 2009

Sekolah Tadika

Ada banyak gambar aku masa kecik2, tapi saja aku malas nak publish sebab aku tak dapat recall apa peristiwa disebalik gambar itu. cuma aku bersyukur papa aku suka menulis tarikh gambar diambil disetiap keping gambar. itulah yg aku lakukan kini, gigih menulis sedikit summary gambar dan tarikh ia dirakam. sekarang memori masih kuat, dah tua2 nanti bolehlah layan gambar2 tu sambil melayan memori daun pisang lama2.

untuk kali ni aku lebih suka crita hidup aku dari zaman tadika aku yg banyak peristiwa pahit manis.

begini ceritanya....

aku mula bersekolah tadika sejak umur aku 5 tahun. maklumlah sekolah tadika dan rumah keluarga aku cuma beberapa puluh langkah aje. tadika kampung damak, itulah tadika aku belajar. aku tak tau kenapa aku disekolahkan tadika terlalu awal, diusia 5 tahun, padahal aku masih kecik, masih menyusu botol lagi. dah tu terpaksa pula satu kelas dengan abang2 dan kakak2 yang setahun lebih tua dari aku. aku pernah bertanya papa aku akan hal itu, papa aku cakap aku yang ingin bersekolah. aku percaya kata2 papa aku, sebab aku memang rajin belajar (he.3x. masuk bakul angkat sendiri).

ni gambar aku dan rakan2 setadika aku yg semuanya lebih tua dari aku. yang pompuan baju biru tu tak kan student tadika jugak, itu cikgu tadika. aku dah lupa nama cikgu tu (maafkan aku).


keterangan gambar : aku (pakai track suit merah/biru) bersama kawan2 tadika damak.

aku masih ingat, setiap pagi mami aku akan hantar aku ke tadika, walaupun tadika tu sangat la dekat dengan rumah. mami akan hantar aku sampai ke muka pintu tadika, dan bila nak balik, mami akan tunggu dimuka pintu juga. diwaktu rehat, kalau aku tak suka makanan yg dimasak cikgu, aku akan berlari balik makan dirumah. kalau cikgu tak jumpa aku dikelas, tahulah dia, aku dah lari balik rumah.

aku masih ingat, pernah suatu hari dalam kelas tadika kami, semasa bermain kayu-kayu blok (bukan set lego seperti sekarang)aku berebut dengan kawan2 yang lebih senior. aku dibuli, dan sebagai tindak balas, aku telah menggigit peha salah seorang dari mereka, yg juga sepupu aku. WAAAAA...! meraung kawan tu kena gigit. dan aku langsung tidak menghiraukan jeritan dan tangisannya. gigi aku terus aku benamkan dipahanya yg berseluar pendek. terpaksalah cikgu menenangkan aku dan kemudiannya menghantar aku balik kerumah. walaupun masa itu aku menggigit orang, aku sebenarnya turut menangis kerana permainan aku dirampas. seri lah!



IZZI ADVERTIZING------------------------------------------
Isilah masa lapang anda dengan menjadi ahli panelist menjawab survey (kaji selidik) secara PERCUMA, dan beroleh pendapatan lumayan.

Galakkan rakan2 anda menjadi ahli dan anda dibayar US1.25 setiap seorang. Klik banner dibawah untuk keterangan lanjut atau terus mendaftar sebagai ahli

Wednesday, March 25, 2009

Kelahiran dan Zaman Bayi

Aku sebenarnya tak tahu cara memulakan kisah hidup aku ni, adalah lebih baik aku mulakan dari saat aku dilahirkan, bayi, kanak-kanak, dan seterusnya atau mengikut suka hati aku. buat sementara waktu ni, aku mulakan dengan pengalaman aku dari kecik2 dulu.

begini kisahnya.....

Pada 03 haribulan Februari 1976, disebuah rumah kedai di kampung damak, seorang bayi lelaki yang comel dilahirkan. siapa lagi, itulah aku, izman. aku tak boleh tanya papa aku kenapa namakan aku izman, bukan azman, misman atau wak karman, kerana aku belum boleh bercakap masa mereka menamakan aku izman. sampai sekarangpun aku tak pasti kenapa nama aku sedemikian, yang pasti nama aku uniq dan susahlah nak jumpa nama izman. aku juga risau kalau tanya kenapa namakan aku izman, nanti papa aku kecik ati atau menampar aku. korang faham2 sahajalah, keturunan aku ni jenis baran sikit. aku je jenis penyabar (puji diri sendiri).


Gambar : aku semasa berusia 3 bulan.

aku dilahirkan dalam keluarga pantai timur, may be aku rasa darah campuran kelantan lebih banyak. keturunan aku sebelah mami aku ada darah kelantan, siam dan arab. mengikut ceritanya banyak lagi waris2 (waris jari hantu??) kami yang masih menetap di siam. bila aku tanya nenek, nenek cakap aku keturunan tok sheikh golok, dan timbul atas perkahwinan dari orang dari tanah parsi. jangan tanya aku lebih lanjut, aku pun tau tau parsi tu dekat mana. dan aku tak pedulipun ia dekat mana. keturunan datuk sebelah papa aku pula dikatakan berasal dari tanah palembang. asal dari palembang aku agak percaya sebab datuk aku sempat cerita sejarah perjalanan datuk dia yang datang ke tanah melayu; yang diceritakan oleh ayah datuk aku kepada datuk aku (he.3x... jangan pening!). ini ada dalam salasilah keluarga yang aku kaji, ayah kepada moyang aku (lepas moyang, tak kan nak panggil monyet pulak. aku bukan pengamal teori darwin yang mengatakan manusia berasal dari monyet) yang bernama Ghotan berasal dari palembang. tapi apsal ada kawan2 yang kata muka aku muka jawa yer??

cukuplah pasal keturunan, akupun tak pasti ia betul atau tidak sebab aku tak sempat jumpa dan bertanya dengan moyang2 aku tentang kesahihan cerita itu. yang aku tau, kalau datuk nenek aku tipu aku, korangpun kenalah tipu sekali. kuang.3x...

papa aku pada masa itu adalah seorang pekedai runcit, dan pembeli getah di kawasan itu. aku bulehlah dikatakan agak selesa sebab mami aku sangat sayang kepada aku dan dalam rumah kami ada banyak makanan. apatah lagi aku yang sepanjang masa tinggal bersama2 papa dan mami aku manakala adik beradik aku yang lain lebih selesa tinggal bersama datuk dan nenek. seronoknya hidup aku! aku dari kecik mana boleh dipisahkan dengan makanan.

aku ada banyak gambar masa baby dan kecil2, may be sebab papa aku suka ambil gambar anak2 dia membesar. gambar2 di studio juga masih tersimpan utuh di dalam bilik. tapi biarlah aku publish satu dulu, kalau publish semua rasa menunjuk2 pulak kemontelan aku masa kecik.




IZZI ADVERTIZING----------------------------------------------

Kandungan Ebuku Ini :
1) Sejarah Kaedah
2) Cara Mengira
3) Huraian Nombor
4) Nombor Kombinasi
5) Analisa Kekuatan, Kelemahan dan Potensi
6) Perniagaan Yang Sesuai
7) Arah Kejayaan dan Kekayaan
8) Potensi Penyakit
9) Kod Jutawan
10)Strategi Kejayaan dan Kekayaan

Tuesday, March 24, 2009

Pengenalan "Budak Damak"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nama aku izman. aku menggelarkan diri aku BUDAK DAMAK kerana aku dilahirkan di kampung Damak. Ala kampung kecil je, di daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Aku saje-saje buat blog ni sekadar nak berkongsi pengalaman hidup sebagai budak Damak yang membesar di suatu pekan kecil, yang zaman kecil aku bergelumang selut dan hutan.

Meskipun aku dilahirkan dan dibesarkan di kampung, aku bangga dan tidak malu menyatakan bahawa aku memang budak kampung. Kalau boleh dengan blog ini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku sebagai budak kampung yang kerjanya menggetah burung, mandi sungai tak ingat dunia, memanah ikan, melastik burung, membantu keluarga di kebun, dan mungkin ada sedikit kisah seram sejuk pengalaman dengan arwah datuk yg ada sedikit kepandaian tradisional.

Sama ada korang suka atau tidak, pengalaman-pengalaman yg bakal aku kongsikan adalah realistik dan mungkin korang tak akan baca dimana-mana.

Mana-mana Budak Damak, atau Budak Jerantut, atau Budak Pahang atau mana-mana individu yang sudi 'link' atau komen aku terima dengan tangan terbuka.

kalau nak email aku, gunalah email rasmi aku ini damak_76@hotmail.com

Kepada sesiapa yg berasa tersinggung dengan bicara budak damak ini aku nasihatkan toksahlah datang lagi sini. Buang karan je.

Wassalam...

izman